Skip to content

Instantly share code, notes, and snippets.

@niskala5570
Created July 21, 2023 20:38
Show Gist options
  • Save niskala5570/7952d148865c959867a9989f4d866857 to your computer and use it in GitHub Desktop.
Save niskala5570/7952d148865c959867a9989f4d866857 to your computer and use it in GitHub Desktop.
"کيت تيدق بونوه اوتوسن ملايو" —کرتن اخبار اوتوسن ملايو ميڠݢوان⹁ 4 جانواري 2003
رياکسي اول يڠ کيت تريما درڤد ڤارا ڤمباچ اخبار اوتوسن ملايو يڠ تله دجاديکن اخبار ميڠݢوان اداله برباݢاي-باݢاي.
همڤير سموا يڠ مڠهوبوڠي ڤڠارڠ مڽاتاکن راس کچيوا دان کسل دأتس تيندقن کيت مڠهنتيکن ڤنربيتنڽ سباݢاي اخبار هارين.
اد ڤمباچ يڠ مڠهنتر إي.-ميل. باݢي مڽاتاکن ککچيواٴن کران اخبار هارين ترتوا ايت ترڤقسا دکلوارکن سچارا ميڠݢوان.
ڤڠهنتر اي.-ميل. ايت منچادڠنکن سوڤاي کومڤولن اوتوسن مڠيکوت ججق کومڤولن نيو ستريت‌س تاٴيم‌س يڠ مڠمبيل لڠکه مڽيسيڤکن اخبار بيسنس تاٴيم‌س کدالم اخبار هارين نيو ستريت‌س تاٴيم‌س باݢي مڽلامتکن بيسنس تاٴيم‌س يڠ مروسوت ڤرمينتاٴنڽ.
باݢي منجواب چادڠن اين کيت برڤنداڤت سوده تنتو تيدق ايکونوميکل. دڠن مماسوقکن اوتوسن ملايو کدالم اوتوسن مليسيا دان دجوال ڤد هرݢ موک RM1.20 برمعنا کيت ممبري ڤرچوما کڤد ڤارا ڤمباچ.
مک سيا٢ ساجاله کيت منربيتکنڽ کران کوس يڠ ترڤقسا دتڠݢوڠ سام جوݢ. سدڠکن کتيک اين اي دتربيتکن سباݢاي هارين. کيت منجوالڽ ڤد هرݢ 60 سين سنسخه. دري ڤنداڤتن اين سکورڠ-کورڠڽ کيت داڤت جوݢ منمڤوڠ کوس يڠ دبلنجاکن.
سأورڠ ڤنشرح اونيۏرسيتي يڠ سميمڠڽ ڤنچينتا جاوي سچارا ايموسيونل مليمڤرکن تودوهن بهاوا ڤڠارڠ اوتوسن ملايو⹁ کتوا ڤڠارڠ دان ڤڠروسي ايکسيکوتيف کومڤولن اوتوسن سباݢاي "ڤمبونوه" اخبار اوتوسن ملايو.
لنتس دڠن سݢرا کيت منجلسکن کڤداڽ بهاوا کيت تيدق "ممبونوه" اخبار جاوي اوتوسن ملايو تتاڤي کيت منجاديکنڽ اخبار ميڠݢوان.
السنڽ کيت تيدق اݢي داڤي منڠݢوڠ ببن کروݢين يڠ بسر دهوجوڠ تاهون. جومله نسخه يڠ ترجوال ستياڤ هاري سکيتر 7,000 اداله بوقتي جلس بتاڤ اوتوسن ملايو تيدق لاݢي "برداي ماجو" دري سݢي ايکونومي.
کيت باݢي تاهو ڤنشرح ايت بهاوا ڤراوبهن دري هارين کميڠݢوان جوݢ اداله برصفة سمنتارا. جک دداڤتي ستله اي دجاديکن ميڠݢوان⹁ ڤرمينتاٴن ترهادڤڽ منيڠکت مک کيت اکن مڠکاجي سمولا سام اد اونتوق منربيتکنڽ سباݢاي هارين سمولا.
کيت تيدق توتوڤ اتاو هنتي ڤنربيتن اوتوسن ملايو تتاڤي کيت جاديکنڽ اخبار ميڠݢوان. مک جک سسياڤا يڠ ماسيه ستيا ماهو ممباچ اخبار جاوي مک مريک لڠݢنيله اوتوسن ملايو ميڠݢوان.
سلڤس دبري ڤنجلسن ايت⹁ ڤنشرح برکناٴن نمڤقڽ داڤت منريما حقيقة سبنر.
سأورڠ ۏيترن دان ڤنچينتا اخبار اوتوسن ملايو مناڠيس کتيک مڠهوبوڠي ڤڠارڠ اونتوق مراقمکن کسديهن يڠ امت ساڠت دڠن کتياداٴن اوتوسن ملايو.
بلياو مندعقا دڠن ڤمبرهنتين ڤنربيتڽ سباݢاي اخبار هارين سماڠت بڠسا ملايو توروت ماتي.
باݢي منجواب دعواٴن اين کيت ڤرچاي اورڠ ملايو ݢينراسي ماسم کيني تيدق لاݢي مڠمبيل اينسڤيراسي دري اخبار اوتوسن ملايو اونتوق مڠواتکن سماڠت.
باڽق لاݢي ايليمن يڠ داڤت مندوروڠ اتاو منجادي ڤمڠکين کڤد مڠواتکن سماڠت اورڠ ملايو.
اورڠ ملايو ديواس اين بوليه منداڤت اينسڤيراسي دان کقواتن اونتوق منروسکن ڤرجواڠن دري اوچڤن٢ ڤردان منتري⹁ داتوٴ سري دوکتور محضير محمد.
باڽق نصيحة⹁ کات٢ ڤندوروڠ دان ڤمباکر سماڠت اورڠ ملايو يڠ کيت ڤراوليهي درڤد اوچڤن دوکتور محضير.
جوسترو هارڤن کيت اخبار اوتوسن ملايو ميڠݢوان اين اکن داڤت دتريما اوليه مريک يڠ ماسيه لاݢي تݢر دڠن کچينتاٴن مريک ترهادڤ اخبار توليسن جاوي.
ڤد ايديسي سولوڠ اين کيت ملتقکن واجه ڤڽاڽي ترسوهور نݢارا سيتي نورحاليزا سباݢاي ڤڠهياس موک دڠن هارڤن اي اکن داڤي مرڠسڠ مينت ݢولوڠن مودا مندکتي دان برجينق دڠن اخبار جاوي.
کيت ڤرۏاي واه دان سوارا سيتي نورحاليزا توروت دتريما دان چوکوڤ دسنڠي اوليه ݢولوڠن توا منروسي لاݢو٢ يڠ دديندڠکن.
سلامت ممباچ.
@niskala5570
Copy link
Author

niskala5570 commented Jul 21, 2023

utusan-melayu-kitatakbunuhum

@niskala5570
Copy link
Author

Reaksi awal yang kita terima daripada para pembaca akhbar Utusan Melayu yang telah dijadikan akhbar mingguan adalah berbagai-bagai.
Hampir semua yang menghubungi pengarang menyatakan rasa kecewa dan kesal di atas tindakan kita menghentikan penerbitannya sebagai akhbar harian.
Ada pembaca yang menghantar e-mel bagi menyatakan kekecewaan kerana akhbar harian tertua itu terpaksa dikeluarkan secara mingguan.
Penghantar e-mel itu mencadangkan supaya kumpulan utusan mengikut jejak kumpulan New Straits Times yang mengambil langkah menyisipkan akhbar ke dalam Business Times akhbar harian New Straits Times bagi menyelamatkan bisnes Times yang merosot permintaannya.
Bagi menjawab cadangan ini kita berpendapat sudah tentu tidak ekonomikal. Dengan memasukkan Utusan Melayu ke dalam Utusan Malaysia dan dijual pada harga muka RM1.20 bermakna kita memberi percuma kepada para pembaca.
Maka sia-sia sajalah kita menerbitkannya kerana kos yang terpaksa ditanggung sama juga. Sedangkan ketika ini ia diterbitkan sebagai harian. Kita menjualnya pada harga 60 sen senaskhah. Dari pendapatan ini sekurang-kurangnya kita dapat juga menampung kos yang dibelanjakan.
Seorang pensyarah universiti yang sememangnya pencinta jawi secara emosional melemparkan tuduhan bahawa pengarang Utusan Melayu, ketua pengarang dan pengerusi eksekutif kumpulan utusan sebagai "pembunuh" akhbar Utusan Melayu.
Lantas dengan segara kita menjelaskan kepadanya bahawa kita tidak "membunuh" akhbar jawi Utusan Melayu tetapi kita menjadikannya akhbar mingguan.
Alasannya kita tidak lagi dapat menanggung beban kerugian yang besar di hujung tahun. Jumlah naskhah yang terjual setiap hari sekitar 7,000 adalah bukti jelas betapa Utusan Melayu tidak lagi "berdaya maju" dari segi ekonomi.
Kita bagi tahu pensyarah itu bahawa perubahan dari harian kemingguan juga adalah bersifat sementara. Jika didapati setelah ia dijadikan mingguan, permintaan terhadapnya meningkat maka kita akan mengkaji semula sama ada untuk menerbitkannya sebagai harian semula.
Kita tidak tutup atau henti penerbitan utusan Melayu tetapi kita jadikannya akhbar mingguan. Maka jika sesiapa yang masih setia mahu membaca akhbar jawi maka mereka langganilah Utusan Melayu mingguan.
Selepas diberi penjelasan itu, pensyarah berkenaan nampaknya dapat menerima hakikat sebenar.
Seorang veteran dan pencinta akhbar Utusan Melayu menangis ketika menghubungi pengarang untuk merakamkan kesedihan yang amat sangat dengan ketiadaan Utusan Melayu.
Beliau mendakwa dengan pemberhentian penerbitnya sebagai akhbar harian semangat bangsa Melayu turut mati.
Bagi menjawab dakwaan ini kita percaya orang Melayu generasi masa kini tidak lagi mengambil inspirasi dari akhbar Utusan Melayu untuk menguatkan semangat.
Banyak lagi elemen yang dapat mendorong atau menjadi pemangkin kepada menguatkan semangat orang Melayu.
Orang Melayu dewasa ini boleh mendapat inspirasi dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dari ucapan-ucapan perdana menteri, Datuk Seri Doktor Mahathir Muhammad.
Banyak nasihat, kata-kata pendorong dan pembakar semangat orang Melayu yang kita perolehi daripada ucapan Doktor Mahathir.
Justeru harapan kita akhbar Utusan Melayu mingguan ini akan dapat diterima oleh mereka yang masih lagi tegar dengan kecintaan mereka terhadap akhbar tulisan jawi.
Pada edisi sulung ini kita meletakkan wajah penyanyi tersohor negara Siti Nurhaliza sebagai penghias muka dengan harapan ia akan dapat merangsang minat golongan muda mendekati dan berjinak dengan akhbar jawi.
Kita percaya wajah dan suara Siti Nurhaliza turut diterima dan cukup disenangi oleh golongan tua menerusi lagu-lagu yang didendangkan.
Selamat membaca.

@WanAhmadShahmi98
Copy link

utusan-melayu-kitatakbunuhum

Bagaimana glif ڠ dan ݢ ada dalam pasuan Markazi Text di pengepala "اوتوسن ملايو ميڠݢوان 4 جانواري 2003"? Pasuan asal Markazi Text di Google Fonts tidak ada glif-glif itu.

@niskala5570
Copy link
Author

@WanAhmadShahmi98

Bagaimana glif ڠ dan ݢ ada dalam pasuan Markazi Text di pengepala "اوتوسن ملايو ميڠݢوان 4 جانواري 2003"? Pasuan asal Markazi Text di Google Fonts tidak ada glif-glif itu.

Saya tambah sendiri masa buat di Inkscape.

inkscape_XKnidNZRBX.mp4

Pasuan lain yg digunakan.

image
Al Hurra TXT

image
Motairah

image
Bahij Nassim (diubah suai)

Sign up for free to join this conversation on GitHub. Already have an account? Sign in to comment